.


Friday, April 23, 2010

Hanya tawaran yang menarik bakal membawa Sagna pergi dari Emirates Stadium.


Ia akan mengambil tawaran yang "sangat penting" untuk membawa pergi Bacary Sagna dari Arsenal musim panas ini, menurut agen pemain.

Pemain kebangsaan Perancis itu telah dikaitkan dengan perpindahan ke Inter Milan dan,yang paling baru ke Juventus.

Tetapi dengan bek kanan tersebut masih sangat dipercayai oleh bos Arsenal,Arsene Wenger, agen pemain 26 tahun itu,Christophe Mongai yakin hanya tawaran yang sangat menguntungkan boleh membawa pemain itu pergi dari kelab Utara London itu.

"Setakat ini, saya belum dihubungi oleh Juventus.Saya pernah mendengar bahawa Inter sedang mencari pemain di posisi itu dan bahawa mereka mungkin terfikir akan Bacary .. Tapi saya tidak mengadakan sebarang perhubungan dengan Inter," kata Mongai kepada Calciomercato.

"Saya tidak tahu apa yang akan terjadi pada akhir musim, tetapi apa yang penting adalah Arsenal telah mengingat pemain itu sehingga Jun 2014.

"Dia sangat bahagia di London dan (pengurus Arsenal) Arsene Wenger berpuas hati dengan penampilannya.

"Saya percaya bahawa hanya tawaran yang sangat penting akan dipertimbangkan oleh kelab (untuk Sagna untuk meninggalkan kelab The Gunners tersebut)."

Sagna telah bermain 32 perlawanan Liga Perdana untuk kelab utara London musim ini, membantu dengan dua assist. Share

No comments:

Post a Comment