.


Friday, April 23, 2010

Ben Foster akan kekal di Old Trafford-Ferguson


Sir Alex Ferguson menganggap penjaga goal no 3 Manchester United, Ben Foster,masih memiliki masa depan cerah di kelab walaupun kurang penampilan untuk kesebelasan utama musim ini.

Penjaga goal muda Ebglad itu sukar mendapat tempat selepas melakukan beberapa kesalahan pada awal musim ini dan sekaligus membuka ruang bagi Tomasz Kuszczak sebagai pemain gantian utama kepada penjaga goal no 1 United, Edwin van der Sar.

Tapi Ferguson yakin Foster, yang sebelumnya menghabiskan masa perpinjaman ke Watford dengan penampilan yang amat baik, masih boleh berjuang kembali sebagai pengganti jangka panjang penjaga goal no 1 United.

"Ben kurang bernasib baik," kata Ferguson dalam sidang akhbar mingguannya.

"Dia melakukan beberapa kesilapan pada awal musim ini dan Tomasz Kuszczak telah berjaya membuat persembahan yang amat baik setiap kali dia bermain."

"Apa yang harus saya lakukan Puntuk memilih Ben? Kerana beliau adalah pemain Inggeris atau menilai dari segi prestasi?Ben mempunyai bakat hebat, dan saya yakin beliau akan kembali ke prestasi yang luar biasa tahun depan.

"Foster baru saja menandatangani kontrak baru dan tidak pernah mengatakan apa-apa kepada saya,setahu saya, dia akan kekal berada di sini." Share

No comments:

Post a Comment