.


Friday, April 23, 2010

Hazard ingin kekal di Lille sungguh pun terdapat minat dari Real Madrid,Liverpool dan Arsenal


Pemain sayap muda Lille,Eden Hazard telah mengumumkan bahawa beliau gembira untuk kekal bersama dengan Les Dogues untuk musim seterusnya walaupun terdapat minat dari beberapa kelab besar di Eropah.

Pemain remaja sensasi ini telah menjadi subjek utama perpindahan dalam beberapa bulan terakhir ini, dengan nama-nama besar seperti Arsenal, Liverpool dan Real Madrid dikatakan berminat untuk pemain kelahiran Belgium tersebut.

Dengan itu,Lille dengan cepat melabelkan harga pemian itu dengan harga €22 juta pound untuk mengurangkan minat dari kelab-kelab besar, dan pemain itu sendiri telah menyatakan untuk kekal di utara Perancis untuk satu musim lagi.

"Saya tahu apa yang harus saya lakukan dan sekarang saya baik-baik sahaja di LOSC [Lille] dan apa yang penting sekarang bagi saya adalah kelab ini sendiri," katanya kepada laman rasmi kelab.

Untuk memberi semangat kepada Lille,pemain itu mengatakan dia ingin berada bersama kelab ketika mereka berpindah ke stadium baru mereka, yang dijadualkan selesai pada 2012.

Saya akan pergi melawat dan mengamati kemajuan kerja mereka," beliau tersenyum.

"Saya dapat melawat tapak pembinaan tersebut.Ini lebih banyak memberikan semangat saya untuk terus tinggal di Lille.Saya ingin menjadi sebahagian dari kelab ini sehingga 2012 yang tidak begitu lama lagi ..dan saya hanya akan berusia21 tahun! ."

Hazard dahulu menunjukkan bahawa beliau hanya akan meninggalkan kelab Nord itu untuk Real Madrid atau Arsenal, yang dikatakan berminat kepada pemain 19 tahun itu. Share

No comments:

Post a Comment