.


Tuesday, June 15, 2010

Glen Johnson mula mendapat perhatian banyak pihak


Liverpool telah meletakkan harga Glen Jhonson sebanyak £28 juta untuk pemain bek kanan Enggland itu selepas pemain itu dikatakan mendapat perhatian dari Real Madrid,Barcelona dan Inter Milan selepas mempamerkan aksi cemerlang pada perlawanan menentang USA.

Johnson,25, adalah antara pemain yang menyerlah ketika pasukan England hanya mampu berpuas hati dengan seri 1-1 dengan USA,dengan larian nya yang mengagumkan banyak pihak.

Selepas menyerlah juga dengan Liverpool pada musim ini,ia menjadikan beliau menjadi antara pemain yang menjadi senarai kelab-kelab besar di Eropah.

Bekas pengurus Liverpool yang kini menjadi pengurus Inter Milan,ingin membawa pemain itu ke San Siro jika Maicon berpindah ke Madrid.

Barcelona juga dikatakan berminat untuk bersaing untuk mendapatkan pemain itu jika Daniel Alves menyelesaikan perpindahan ke Manchester City dengan perpindahan dengan jumlah yang lumayan.
Share

No comments:

Post a Comment