.


Tuesday, June 15, 2010

Zoran Tosic tolak Koeln untuk CSKA Moscow?

Zoran Tosic akan menolak perpindahan ke FC Koeln daripada terjadi apabila beliau dilaporkan akan ke CSKA Moscow dari Manchester United,menurut laporan dari The Daily Mail.

Pemain wing kanan Serbia itu menghabiskan masa separuh masa kedua musim lepas dengan dipinjamkan ke kelab German itu,dimana beliau begitu menyerlah ketika bersama mereka dan ditawarka dengan tawaran berpindah secara kekal bersama Koeln.

"Kami menyediakan tawaran untuk mengekalkan beliau," kata direktor Koeln,Michael Meier.

"Tetapi jumlah wang yang perlu digunakan untuk mengekalkan beliau adalah sukar bagi kelab-kelab di Jerman untuk bersaing."

Pemain berusia 23tahun itu dijangkakan akan menyelesaikan perpindahan beliau ke Russia selepas selesai Piala Dunia di Afrika Selatan.
Share

No comments:

Post a Comment