.


Sunday, May 23, 2010

Jose Mourinho : Tugas di Inter sudah selesai

Jose Mourinho memastikan bahawa dia akan meninggalkan Inter untuk menjadi pengurus pasukan Real Madrid selepas menjuarai trofi Liga Juara-Juara dengan kelab Itali,Inter Milan.

Bos berbangsa Portugis itu telah membawa Inter kepada kejayaan Treble musim ini, iaitu Liga Juara-Juara, Coppa Itali dan Seri A dan percaya bahawa dia telah mencapai kejayaan yang paling maksimum di San Siro. "Kerja saya di sini telah selesai," katanya di televisyen RAI di Itali. "Saya telah membuat sejarah kelab dan saya akan meninggalkan Inter untuk mencari cabaran di kelab yang lebih besar."

Ketika ditanya oleh stesen Jerman Sat.1 jika dia akan menyertai Real Madrid, Mourinho hanya menjawab "ya."

"Musim yang bagus, musim yang luar biasa," kata Mourinho kepada Sky Sports. "Tidak banyak kata untuk menggambarkan bagaimana perasaan saya kerana saya sangat gembura, dan saya sangat bangga."

Ketika ditanya mengapa beliau akan ke Madrid, Mourinho menjawab: "Ini satu-satunya kelab yang inginkan saya!"

"Tidak, saya tidak punya pilihan.Real Madrid adalah Real Madrid. Share

1 comment:

Joker Gaming said...

artikelnya bagus dan bermanfaat untuk menambah pengetahuan. Baca juga artikel ini Berita Bola Terbaru

Post a Comment