.


Monday, May 3, 2010

Tevez mengaku tersilap pilih Kelab!

Meskipun Manchester City masih mempunyai peluang dan harapan untuk Liga Juara-Juara musim depan, Carlos Tevez dikatakan akan menimbangkan untuk betukar kelab pada musim panas ini.

Perpindahan ke Milan atau Real Madrid adalah yang disebut-sebut mengikut News of the World.

Setelah diberitahu kepada media oleh pengurus Eastlands, Roberto Mancini, bahawa beliau boleh meninggalkan kelab ini jika tidak gembira, pengurus Inter, Jose Mourinho dikatakan bersiap untuk bertindak untuk pemain kebangsaan Argentina musim panas ini.

Ia banyak bergantung bagaimana masa depan Mourinho disebabkan skandal penipuan beliau, jika beliau kekal di Serie A, maka kemungkinan besar Tevez berpindah ke Inter,yang juga bekas pemain Manchester United itu.

Namun, dengankhabar angin bahawa Mourinho akan memimpin Real Madrid musim depan, Tevez dijangkakan akan bermain bersama bekas rakan pasukannya di Old Trafford, Cristiano Ronaldo. Share

No comments:

Post a Comment