.


Monday, May 3, 2010

Benayoun tidak pasti masa depan di Anfield

Pemain Liverpool, Yossi Benayoun, telah mengakui bahawa masa depannya di Anfield meragukan selepas menyaksikan Liverpool tidak mendapat tempat di Liga Juara-Juara dan kalah kepada pendahulu liga, Chelsea 2-0 di Anfield.

"Sangat sukar untuk saya ketika ini untuk berbicara mengenai masa depan saya," kata Benayoun kepada wartawan.

"Saya tidak tahu jika terdapat sebarang perubahan pada pemain,kakitangan,jadi,ia masih terlalu awal untuk diperkatakan.

"Saya secara peribadi tidak tahu sama ada saya akan kekal berada di sini atau tidak lagi berada di sini.

"Banyak perkara boleh berlaku, jadi kita hanya perlu tunggu dan lihat." Share

No comments:

Post a Comment