Laporan eksklusif yang dikeluarkan oleh berita harian sukan Sepanyol, Marca mendakwa bahawa Valencia dan Barcelona telah bersetuju atas perpindahan David Villa, striker Valencia dan telah menjadi penjaring terkemuka pasukan kebangsaan Sepanyol itu.
Chelsea dan Liverpool telah membuat pemerhatian kepada bintang Sepanyol itu namun sekarang nampaknya beliau akan kekal di Sepanyol.
Presiden Barca Joan Laporta ingin mencapai kata sepakat sebelum tamat tempoh jawatannya sebagai presiden apabila pilihanraya untuk pemilihan presiden akan diadakan pada 13 Jun. Selain itu,Catalan itu ingin mendapatkan Villa sebelum Piala Dunia, apabila harga pemaion itu mungkin berlipat ganda selepas Piala Dunia Afrika Selatan 2010.
Marca melaporkan bahawa perjanjian itu akan berada dalam lingkungan €40 juta dan dua pemain Barca mungkin juga disertakan di dalam perjanjian sebagai pertukaran iaitu, Aliaksandr Hleb (sedang dipinjamkan ke Stuttgart) dan pemain muda Bojan Krkic.
Share
No comments:
Post a Comment