.


Wednesday, April 21, 2010

Balotelli dikecam peminat dan pemain Inter Milan?


Mario Balotelli berada di bawah tekanan dari peminat dan pemain pasukannya,Inter Milan selepas memaparkan aksi kurang bersemangat menentang Barcelona malam semalam.
Jose Mourinho telah mengejutkan gergasi Sepanyol dengan kemenangan 3-1 dalam perlawanan SEMI FINAL yang pertama di San Siro.

Tetapi perlawanan yang sepatutnya diraikan berakhir dengan cemuhan dari peminat Inter yang mencemuh Balotelli pada akhir perlawanan.
Penyerang itu, 19, menggantikan Diego Milito dengan 20 minit baki perlawanan di beri tekanan hebat oleh pemain Barcelona.
Tapi kurangnya usaha melihat beliau dikrtitik oleh peminat Inter sendiri.

Dia kemudian kelihatan berang dengan sebahagian daripada peminat dan melemparkan baju jersinya ke tanah selepas perlawanan tamat.

Bos Inter Mourinho juga tidak senang dengan sikap penyerang muda itu.
Dia berkata: "Saya kecewa dengan cara para peminat memperlakukan Balotelli.

"Saya selalu ingin mereka menyokongnya dari mula sampai akhir, tapi saya memahami reaksi mereka kerana mereka melihat hal yang sama saya lihat di atas padang."

Kapten Inter Javier Zanetti juga berkata Balotelli perlu matang.

Dia berkata: "Mario perlu menumpukan pada melakukan apa yang boleh dilakukannya di padang - ia tidak boleh membiarkan dirinya untuk bertindak dengan cara ini.

"Saya kecewa kerana kemenangan yang sepatutnya diraikan hancur dengan sesuatu seperti ini."

Pengarah Inter, Ernesto Paolillo, disarankan perilaku Balotelli akan dihukum.

Dia berkata: "Kelakuan nya sewaktu tamat perlawanan amat teruk.Ini sesuatu yang kita akan bincang.Hukuman?Ia semestinya."
Share

No comments:

Post a Comment