Saturday, April 24, 2010
Juve sedia untuk menawarkan Melo untuk khidmat van Persie
Laporan dari Itali menyatakan Juventus sedang bersiap sedia untuk menawarkan pemain kurang menyerlahnya,Felipe Melo ke Arsenal untuk mendapatkan Robin van Persie.
Kelab Itali itu dikatakan sedang membuat perubahan besar-besaran musim panas ini selepas kempen yang mengecewakan, dengan pemain popular Belanda The Gunners itu sebagai pilihan no 1 kepada jawapan mereka.Dan menurut Daily Mirror, mereka percaya Melo boleh meyakinkan Arsene Wenger untuk melakukan perniagaan tersebut.
Melo dilaporkan pilihan utama Arsenal musim panas lalu, tapi memilih Old Lady berbanding berada di Stadium Emirates selepas meninggalkan Fiorentina. Tapi setelah musim yang sukar bersama kelab barunya, Juventus akan bersedia untuk menjual pemain 26 tahun itu.
Wenger mengakui bahawa Melo masih menarik bagi The Gunners, dan bulan lalu beliau mengatakan: "Kami masih berfikir dia adalah pemain yang sangat berbakat."
Laporan juga menyarankan bahawa Gianluigi Buffon boleh juga digunakan sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, yang akan menarik minat The Gunners untuk menyelesaikan masalah penjaga gol nya,meskipun kelab Itali itu sering membantah minatnya untuk berpindah dari Turin. Share
Posted by
nanas
Labels:
Arsenal,
Juventus,
Transfer Speculation
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment