.


Monday, April 26, 2010

Spurs beli Sandro dari Internacional , Arsenal terlepas


Pemain baru Tottenham Hotspur, Sandro berasa gembira dengan keputusannya selepas menyertai kelab utara London itu dan menyebut ia sebagai kelab yang ideal, walaupun dilaporkan sebelum ini terdapat minat dari jiran mereka iaitu Arsenal.

Pemain defensive tengah 21 tahun itu, akan menyertai Spurs dari kelab Amerika Selatan, Internacional dengan kos yang tidak didedahkan, tetapi dilaporkan sekitar £ 10 juta.

Harry Redknapp telah lama berminat pada beliau dan mendedahkan perjanjian dibuat pada akhir Mac lalu.

"Tentu sahaja Arsenal adalah kelab yang besar, tetapi saya pikir Tottenham adalah sangat sesuai bagi saya," dedah Sandro secara eksklusif kepada Goal.


"Mereka akan melalui saat penting dengan berjuang untuk tempat di Liga Champions pada ketika ini.

"Saya benar-benar menggemari tawaran dari Tottenham dan ini adalah kelab yang sentiasa meningkat setiap tahun dan merupakan kelab ideal bagi saya." Share

No comments:

Post a Comment