.


Wednesday, April 28, 2010

Tony Pulis bakal merombak skuad Stoke City


Pengurus Stoke City, Tony Pulis dilaporkan untuk mempertimbangkan rombakan pasukannya untuk kebaikan semangat berpasukan yang nampak goyah di akhir-akhir ini.

Hanya beberapa hari lalu, ia menjadi semakin teruk apabila Abdoulaye Faye dan Glenn Whelan telah bergaduh sesama sendiri sewaktu mereka tewas 7-0 kepada Chelsea, dan ia mencetuskan kebimbangan kepada pasukan akan terbahagi kepada beberapa puak selepas tewas teruk di Stamford Bridge.

Dan The Guardian mendakwa bahawa pengurus Stoke akan membenarkan 10 pemain mereka untuk keluar semasa musim panas, dengan James Beattie, Dave Kitson, Liam Lawrence dan Tuncay Şanlı di antara mereka yang dikatakan untuk meninggalkan The Potters. Share

No comments:

Post a Comment