.


Sunday, May 2, 2010

Bullard kekal di Liga Premier selepas Hull tersingkir?


Pemain Hull City, Jimmy Bullard boleh ditawarkan peluang untuk tetap bermain di Liga Primer musim depan apabila Newcastle United yang baru dipromosikan ke Liga Premier ingin mendapatkan khidmat beliau.

Menurut News of the World, pemain berusia 31 tahun itu dilaporkan menerima gaji £ 45 000 seminggu, dijangka akan terpaksa menurunkan gajinya jika menyertai Newcastle.

Bos Newcastle Chris Hughton akan mencari pemain untuk menguatkan pasukannya pada musim depan apabila skuadnya layak ke Liga Premier,selepas kelab itu menjuarai Liga Championship musim ini.

Bos Newcastle melihat Bullard sebagaipemain yang dapat membawa pasukan pertengahan liga,apabila beliau telah bermain untuk kelab yang hebat seperti Fulham, Wigan Athletic dan Bolton. Share

No comments:

Post a Comment