.


Thursday, May 6, 2010

Finalist Liga Juara-Juara,Bayern minat kepada Ji Sung

Bayern Munich ingin mendapatkan pemain sayap Manchester United, Park Ji Sung dan bersedia untuk mengajukan tawaran £ 7 juta.

Pemain Korea Selatan itu adalah watak popular di Old Trafford namun Bayern sedar United sedang menjalani rombakan skuad dan ingin memujuk United untuk menjual dan sekaligus menambah dana mereka dalam membuat rombakan kecilan itu.

Pengurus United, Sir Alex Ferguson mengatakan bahawa beliau memerlukan dua pemain tetapi secara peribadi ada khabar-khabar dia akan memerlukan sekurang-kurangnya empat pemain berprofil tinggi dengan tanda tanya dari Dimitar Berbatov, Michael Carrick, Rio Ferdinand dan Nemanja Vidic, manakala Owen Hargreaves masih lagi dalam membuktikan kecergasan jangka panjang .

Park, 29, telah menjadi kunci utama United dalam perlawanan besar seperti melawan Arsenal, Liverpool dan AC Milan, tetapi telah menghadapi masalah kecergasan dirinya akibat penlibatan permainan dengan skuad kebangsaan yang melibatkan perjalanan jarak jauh yang meletihkan.

Dia mempunyai kontrak sehingga tahun 2012 dan minggu ini mengatakan dia ingin tinggal di Old Trafford selama-lamanya.

Namun, Bayern ingin menawarkan United 90 peratus pada keuntungan pada mereka apabila United membayar £ 4juta kepada PSV Eindhoven untuknya pada tahun 2005 dan yang boleh mencetuskan pemergiannya.

United memiliki target sendiri dalam fikiran termasuk Everton Steven Pienaar, Valencia David Silva dan Sotiris Ninis dari Panathinaikos tetapi masih untuk menentukan anggaran mereka. Share

No comments:

Post a Comment