.


Monday, May 10, 2010

Foster dijangka menyelesaikan perpindahan ke Birmingham minggu ini

Manchester United dilaporkan bersetuju untuk menjual keeper Ben Foster kepada Birmingham City untuk £6 juta.

Kedua-dua kelab telah berbincang pada minggu ini dan pemain berusia 27 tahun itu akan berpindah ke Birmingham di mana dia akan bermain didalam kesebelasan utama musim depan.

United akan menerima £ 4 juta sebagai wang pendahuluan dan baki 2 juta lagi akan dibayar akan ditentukan oleh prestasi Foster dan jumlah penampilan antarabangsa beliau bersama England, menurut Daily Mail.

Foster telah berada dibelakang penjaga gol pertama United, Edwin van der Sar musim ini dan membuat hanya sembilan penampilan Liga Perdana untuk Red Devils.

Dengan United berminat kepada keeper Schalke, Manuel Neuer dan Hugo Lloris dari Lyon, Foster berpendapat bahawa hari-harinya di Old Trafford sudah berakhir, dan beliau dijangka akan mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakannya di Carrington minggu ini. Share

No comments:

Post a Comment