Pemain tengah Valencia, Pablo Hernandez menyatakan beliau gembira mendapat khabar angin yang mengaitkan beliau untuk berpindah ke Liga Perdana dengan Chelsea.
Pemain berusia 25 tahun itu sudah dalam bentuk yang memberansangkan musim ini dan, selepas kelab dari Sepanyol mengakui bahawa pencari bakat dari kelab London barat itu telah mengawasinya, Hernandez mengatakan dia gembira apabila salah satu kelab terbesar di Eropah itu tertarik padanya.
"Chelsea? Sangat istimewa untuk saya kerana hal ini menunjukkan bahawa saya cemerlang musim ini," kata Hernandez kepada wartawan, selepas membantu pasukannya untuk menang 3-1 atas Xerez pada hari Selasa.
Share
No comments:
Post a Comment