.


Saturday, May 8, 2010

Ibrahimovic kembali ke Juventus??

Striker Barcelona, Zlatan Ibrahimovic telah disebut-sebut untuk kembali ke Juventus, kelab yang beliau keluar pada tahun 2006 berikutan dengan skandal Calciopoli.

Tuttosport memberi laporan baru apabila presiden Andrea Agnelli, sedia untuk membuat kejutan dengan membeli pemain berbangsa Sweden itu ke Juventus.

Agnelli dipercayai menyiapkan proposal kepada ketua Barca, Joan Laporta, yang nampaknya ingin membeli striker Valencia, David Villa, sesuatu yang Ibrahimovic membantah pada hari Jumaat.

Pemain antarabangsa Sweden itu telah secara terbuka dikritik berikutan penampilan yang kurang memuaskan di Liga Juara-Juara melawan Inter. Dan suara-suara di Camp Nou juga menyarankan hubungan Ibrahimovic dengan pengurus Pep Guardiola dan Laporta telah menjadi tegang.

Juventus sekarang bersedia untuk bertindak mengikut situasi, dengan Agnelli sedia untuk menghabiskan antara € 35 juta dan € 40 juta (£ 30-35 juta), tapi bimbang kelab gergasi La Liga itu tidak akan menjual dengan harga yang rendah.

Selepas Barca menghabiskan € 45 juta (£ 38.7 juta), ditambah dengan Samuel Eto'o untuk mendapatkan pemian itu, Laporta tidak mungkin membiarkan Ibrahimovic meninggalkan Nou Camp pada harga yang murah. Share

2 comments:

Unknown said...

Hm,kenapalah Sir Alex Ferguson tak beli Zlatan masa muda2 dulu..Nice news..awak translate sendri ke berita2 bola ni?congratz!lepat suka sgt baca berita2 bola..thankz sudi lawat blog lepat..tq

nanas said...

yup!translate!hee..untuk pembaca melayu lebih paham :)

Post a Comment