Sunderland menghadapi persaingan dari Fiorentina dalam usaha mereka untuk menandatangani pemain sayap Itali, Simone Pepe dari Udinese.
Steve Bruce bertekad untuk mendapatkan pemain berharga £ 15 juta untuk Wearside, tetapi laporan di Itali menyarankan dia akan menyetujui langkah untuk tetap berada di Serie A dengan La Viola (Fiorentina).
Pepe, 26, telah menjadi pemain tetap dalam pasukan Marcello Lippi dan diharapkan menjadi pemain utama di Piala Dunia pada musim panas ini.
Udinese yang sedang bergelut dalam krisis kewangan mereka dikatakan akan menjual pemain itu selepas Piala Dunia kerana percaya harga pemain itu boleh berlipat kali ganda, walaupun Fiorentina mencari jalan untuk mendapatkan pemain itu sebelum Piala Dunia untuk memadamkan minat dari kelab inggeris itu.
Bekas pemain Palermo itu telah menjaringkan enam gol dalam 30 penampilan Serie A musim ini.
Share
No comments:
Post a Comment