.


Tuesday, June 15, 2010

Honduras lakar sejarah!

Selepas memanggil Jerry Palacios pada Selasa lepas,Honduras telah membuat rekod baru Piala Dunia,selepas menjadi negara pertama yang mempunyai 3 orang adik beradik dalam skuad yang sama.

Jeery Palacios yang menggantikan Julio Cesar de leon,bintang yang bermain untuk kelab Itali,Torino,yang mengalami kecederaan sehingga terpaksa melupakan niat untuk beraksi pada Piala Dunia.
Penyerang Hangzhou Greentown itu menyertai pemain tengah Tottenham Hotspur,Wilson Palacios dan Johnny,yang bermain dengan kelab Honduras,Olimpia dalam skuad 23 orang Honduras.

Setiap negara dibenarkan untuk menukar pemain dalam masa 24 jam sebelum perlawanan pertama mereka berlangsung dimana Honduras akan memulakan kempen dengan menentang Chile.

Selain itu,Wilson dikatakan telah bergelut untuk bertarung dengan kecederaan pada kakinya tetapi pemain Spurs itu dijangka akan bersedia untuk bermain menentang CHile.

Dengan pemanggilan ketiga-tiga adik beradik itu untuk bermain pada Piala Dunia untuk Honduras merupakan satu pemberi semangat apabila adik bongsu mereka,Edwin Palacios telah diculik dan dibunuh di Honduras 3 tahun lalu.

"Segala yang saya lakukan di dalam dunia Bola Sepak adalah untuk Edwin.Dia lah yang menjaga saya,"menurut Jerry yang memberitahu wartawan selepas tiba ke South Africa. Share

No comments:

Post a Comment