.


Monday, April 26, 2010

Boselli bakal ke Manchester United?


Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson dikatakan bakal membuat tawaran untuk menandatangani penyerang Argentina Mauro Boselli musim panas ini, menurut News of the World.

Pemain berusia 24-tahun ketika ini bermain untuk Estudiantes di Argentina dan telah menjaringkan 24 gol dalam 34 perlawanan musim ini.

Boselli dikhabarkan telah menarik perhatian dari kelab-kelab lain di Liga Premier serta di Itali.

Laporan tersebut mendakwa bahawa Boselli, yang bermain satu perlawanan antarabangsa untuk negaranya, akan dijual dengan hanya £ 5 juta.

Pilihan United untuk menguatkan jentera serangan dikatakan semakin kuat apabila ura-ura pemain yang dianggap kurang menyerlah, Dimitar Berbatov akan berpindah ke Itali.

Jika Boselli membuat perpindahan ke Old Trafford, ia akan menjadi TANGKAPAN kedua kelab dari Amerika berturut-turut selepas Red Devils mengumumkan pembelian Javier Hernandez dari Chivas di Mexico awal bulan ini. Share

No comments:

Post a Comment