.


Monday, April 26, 2010

Juve sedia tawar 15juta untuk Benitez?


Bos Liverpool, Rafael Benitez dilaporkan telah ditawarkan kontrak £15 juta untuk setahun ketika mengambil alih Juventus, menurut Mail.

Surat khabar memberitahu bahawa Benitez akan diberikan dana yang banyak untuk menarik pemain terbaik dunia ke Turin.

Laporan juga menyatakan bahawa tawaran Juventus juga membolehkan dia untuk membawa sendiri kakitangan pilihan beliau ke Juventus bertujuan untuk membina semula untuk menjadi kuasa Eropah dan dunia.

Tawaran tersebut dikatakan dapat menggoda Benitez yang mengakui agak kecewa di Anfield apabila dikatakan kurangnya dana untuk meningkatkan skuad Liverpool musim ini dijadikan alasan utama.

Namun,baru-baru ini menunjukkan bahawa Benitez akan tetap berada di Anfield apabila kelab itu dikatakan mencari pelabur baru.

Ia merupakan kempen yang mengecewakan bagi Liverpool dan Benitez selepas mereka dilihat akan kehilangan tempat keempat di dalam liga dan berkemungkinan besar mimpi untuk menyertai Liga Juara-Juara musim depan musnah. Share

No comments:

Post a Comment