Friday, April 23, 2010
Mesut Ozil ke City sebelum Piala Dunia?
Manchester City dikatakan agak hampir untuk membawa pemain sayap Werder Bremen,Mesut Ozil ke Eastlands, menurut laporan dari The Independent.
Pemain kebangsaan Jerman , 21, dilabel sebagai salah satu prospek terpanas di Eropah, dan City tertarik untuk membawanya ke Inggeris untuk mengisi posisi sayap kiri dalam pasukan mereka.
Ada laporan mengatakan bahawa Martin Petrov dan Craig Bellamy bakal meninggalkan Eastlands pada musim panas, meninggalkan ruang kosong dalam posisi midfield sebelah kiri mereka.
The Citizens dipercayai telah mengadakan perbincangan awal dengan pemain dan sangat tertarik untuk mendapatkannya sebelum Piala Dunia, dimana selepas Piala Dunia,persaingan untuk mendapatkannya boleh menjadi semakin sukar. Share
Posted by
nanas
Labels:
Manchester City,
Transfer Speculation,
Werder Bremen
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment