.


Wednesday, April 21, 2010

Ronaldo dibeli melalui keuntungan penjualan bajunya SENDIRI!



Real Madrid telah memperoleh kembali lebih dari € 100 juta pada musim pertama Cristiano Ronaldo hanya melalui penjualan baju.Mereka telah menjual lebih dari 1juta baju CR9 hanya di bandar Madrid, laporan A Bola.

Kedai rasmi Real Madrid di Bernabeu dan kedai-kedai kecil di Plaza del Sol sering dibanjiri oleh ribuan pembeli setiap hari,gemar untuk mendapatkan barangan Ronaldo.

Baju jersi Cristiano Ronaldo telah dijual sebanyak 1juta dan, jika dikira dengan secara kasar,Los Blancos sudah pun memperolehi modalnya untuk membeli pemain tersebut melalui rekod dunia Ronaldo dengan kos pemindahan sebanyak € 94m melalui penjualan kemeja sendiri SAHAJA- dan pelu DIINGAT,ia hanya tahun pertama dari kontraknya.

Madrid telah melihat nama-nama seperti Luis Figo, Zinedine Zidane, Ronaldo dan David Beckham,tetapi menurut pegawai Madrid, nama Cristiano Ronaldo adalah seperti mempunyai magis tersendiri dalam penjualan baju.

Laporan tersebut mendakwa bahawa pengurusan Madrid telah menganggarkan bahawa mereka telahmen jual lebih dari 1.2 juta shirt hanya di ibukota Sepanyol dan dengan kadar jualan untuk satu baju sebanyak € 85, Madrid akan melihat pendapatan lebih dari € 100m.
Share

No comments:

Post a Comment