.


Friday, April 23, 2010

Toure desak Adebayor jaga tingkah laku di Emirates


Pemain pertahanan Manchester City,Kolo Toure telah mendedahkan bahawa beliau akan meminta Emmanuel Adebayor untuk menjaga tingkah laku ketika menghadapi bekas kelab mereka,Arsenal,pada minggu ini.

Adebayor telah mencipta kontroversi dan suasana tegang dengan Arsenal dan penyokongnya di Eastlands pada awal musim, apabila beliau berlari sepanjang padang dihadapan penyokong The Gunners setelah menjaringkan gol dengan niat mengejek mereka.

Dia juga mendapat amaran dan digantung 3 perlawanan selepas dikatakan sengaja menendang muka bekas rakan sepasukan,Robin van Persie di bahagian muka.

Dengan itu, bekas rakan Arsenal dan rakan sepasukan di City,Toure dan Partick Vieira mendesak supaya beliau menjaga tekanan yang bakal dihadapi dengan positif agar mereka boleh terus bersaing untuk mendapat tempat keempat di dalam liga musim ini.

"Saya sudah berbincang dengannya, Patrick juga melakukan perkara yang serupa.Yang paling penting baginya adalah untuk bermain dan memberikan segala komitmen untuk kelab kami Manchester City," kata Toure kepada Sky Sports. Share

No comments:

Post a Comment