.


Thursday, April 22, 2010

United menawarkan 20juta pound untuk Gareth Bale


Manchester United telah membuat bek kiri Tottenham Hotspur,Gareth Bale sebagai target transfer untuk musim panas dan bersedia membayar £ 20 juta untuk pemain antarabangsa Wales itu, menurut laporan dari The Daily Express.

Laporan tersebut menyatakan bahawa pemain berusia 20tahun itu, sedar minat dari United dan bahawa perjanjian dijangkakan boleh dibicara ketika dua kelab bertemu di Liga Primer di Old Trafford pada Sabtu.

Minat United kepada pemain tersebut tidak baru, kerana mereka sudah cuba mendapatkannya tiga tahun lalu, ketika Ryan Giggs berusaha memujuk rakan senegara untuk menyertai bersamanya di Old Trafford dari Southampton.

Bagaimanapun pemain Wales tersebut memilih White Hart Lane untuk meningkatkan peluangnya bermain pada kesebelasan utama pasukan, tapi kecederaan membuatnya sukar untuk menunjukkan prestasi sebenar pada hari-hari awal di kelab.

Dia telah berubah dalam beberapa perlawanan dengan memaparkan aksi yang amat baik musim ini dan telah menjaringkan pada 2 perlawanan terkini Spurs dengan bermain sebagai Winger kiri ketika menentang Arenal dan juga Chelsea
Share

No comments:

Post a Comment