.


Friday, May 7, 2010

Bale sah padamkan khabar angin ke Old Trafford!


Gareth Bale telah memeterai perjanjian selama 4 tahun untuk Spurs dan sekaligus memadamkan khabar angin yang mengaitkan beliau dengan perpindahan ke Manchester United pada musim depan.

Kelab London Barat itu juga mengesahkan bahawa pemain kebangsaan Wales mereka itu telah bersetuju kepada tawaran yang diberi selepas mempamerkan aksi yang menarik sejak akhir-akhir ini.

United,yang cuba untuk mengumpan pemain muda yang cuba dibeli mereka ketika beliau keluar dai Southampton untuk Spurs 3 tahun yang lalu telah menyatakan kembali minat mereka terhadap beliau,tetapi akan sekali lagi gagal untuk memancing beliau ke Old Trafford pada musim depan.

Pihak Spurs telah menyatakan di dalam Website rasmi mereka :'Kelab ini sungguh gembira untuk mengumumkan bahawa Gareth Bale telah menandatangani perjanjian dengan kami selama 4 tahun sehingga 2014' Share

No comments:

Post a Comment