Tottenham Hotspur berharap kelayakan mereka ke Liga Juara-Juara akan meningkatkan lagi potensi mereka untuk memenangi perlumbaan mendapatkan pemain tengah Barcelona, Yaya Toure.
Pemain tengah gergasi Ivory Coast itu telah keluar dari pasukan pertama Barca musim ini, dan ini telah mencetuskan minat pengurus Spurs, Harry Redknapp pada pemain itu, mengikut Daily Star.
Kelab London utara itu telah dijamin masuk ke tahap kelayakan untuk kejohanan kelab top Eropah musim depan, dan mungkin akan layak secara automatik jika keputusan perlawanan akhir liga memihak kepada mereka.
Redknapp dilaporkan telah diberikan £40 juta untuk menguatkan pasukannya, dan matanya lekat kepada pemain tengah defensif itu. Manchester City, Manchester United, Arsenal dan Juventus juga dikaitkan dengan pemain tersebut.
Share
No comments:
Post a Comment