.


Saturday, June 19, 2010

Messi : Impian saya adalah untuk bermain bersama Rooney


Bintang Argentina dan Barcelona,Lionel Messi telah membuat kenyataan secara umum bahawa beliau akan gembira jika skuad Catalan dapat membawa Wayne Rooney ke sana supaya beliau dapat bermain bersama Rooney.

Messi juga berkata beliau sendiri akan membuat permohonan secara individu kepada pegawai atasan Barcelona jika Rooney keluar dari United satu masa nanti.

Pemain Argentina itu meletakkan Rooney diantara pemain elit yang beliau kagumi dan beliau juga kagum dengan semangat Rooney ketika berada di atas padang.

"Ia adalah menjadi suatu impian untuk bermain dengan Rooney jika United ingin menjual mereka suatu masa nanti,"Messi berkata kepada Daily Star.

"Saya akan secara peribadi pergi merayu kepada pegawai atasan Barcelona untuk mendapatkan beliau.

"Selalunya terdapat seorang pemain yang hebat pada suatu masa dan akan tercatat di dalam sejarah dunia bola sepak.

"Pada masa sekarang,pemain itu mungkin Ronaldo,Rooney,Xavi atau seorang dua lagi pemain-tetapi saya tidak dapat fikir pemain yang mempunyai kesungguhan seperti Rooney."

Rooney dipercayai bernilai £84 juta pada pasaran sekarang,tetapi Messi menganggap bekas pemain Everton itu bermain bukan kerana wang semata-mata. Share

1 comment:

ORICS said...

wahh..messi suke same rudeboy.hahahaa

Post a Comment