Real Madrid dikatakan akan secara rasminya menyelesaikan perpindahan pemain wing kanan Argentina dan Benfica,iaitu Angel Di Maria pada Isnin ini selepas kedua-dua kelab telah mencapai kata sepakat dalam nilai perpindahan.
Presiden Benfica,Luis Filipe Vieira difahamkan telah bertemu dengan direktor Madrid,Jose Angel Sanchez di Barnabeu dan bersetuju dengan harga yang lebih rendah berbanding haraga asal dari €40 juta (£33.5 juta) kepada €30 juta (£25 juta) untuk pemain berusia 22 tahun itu.
Dengan persetujuan kedua belah pihak mengenai harga pemain tersebut,perjanjian itu dijangka selesai secara rasminya pada Isnin ini,dengan Di Maria sekarang ini sibuk dengan tugas untuk negaranya Argentina di Piala Dunia Afrika Selatan.
Di Maria juga difahamkan bersetuju dengan tawaran dari Real Madrid itu.
Beliau dijangkakan akan menandatangani perjanjian dengan nilai €2 juta (£1.7 juta) untuk 5 tahun kontrak di Barnabeu.
Share
1 comment:
mende tengah main piala dunia lagi nak jual-beli
Sembang Bola : Meraikan Gol
Post a Comment