.


Wednesday, June 30, 2010

Rasmi : Silva akhirnya sah ke Manchester

Manchester City telah mencapai kata sepakat dengan Valencia untuk pembelian pemain wing Sepanyol,David Silva.

Ejen kepada pemain tersebut dan wakil masing-masing dari kedua kelab tersebut telah menemui jawapan kepada perbincangan mereka.Silva telah menandatangani perjanjian untuk 4 tahun di City.

Beliau akan menjalani pemeriksaan kesihatan dan akan secara rasmi menjadi pemain City selepas selesai kempen Piala Dunia.

Bercakap dari kem pasukan di Afrika,beliau memberitahu media bahawa beliau gembira dengan perpindahan ini.

Beliau berkata:'Pertama sekali,saya ingin berterima kasih dengan Valencia,sebagai sebuah pasukan dan peminat setia mereka,dan tidak lupa juga kepada staff dan rakan-rakan saya.Saya benar-benar gembira bersama mereka dalam masa 6 tahun ini,dimana mereka yang menjumpai saya sebagai seorang pemain bola sepak dan Valencia akan menjadi sebuah kelab yang sentiasa istimewa bagi saya'

'Masa adalah sesuai untuk saya mencari cabaran baru,dan saya berasa tidak sabar untuk beraksi bersama kelab baru saya di City.Saya percaya Liga Perdana Inggeris adalah antara liga terbaik di dunia.' Share

Tuesday, June 29, 2010

Real Madrid sedia tawar £20 juta untuk Gerrard

Real Madrid akan menguji Liverpool untuk mengekalkan kapten mereka,Steven Gerrard selepas mereka hendak membuat tawaran bernilai £20 juta menurut The Times.

Gerrard,30,telah dikaitkan dengan perpindahan mengejut ke Barnabeu untuk beberapa bulan kebelakangan ini selepas Liverpool mengharungi musim yang agak sukar selepas hanya menduduki tempat ke 7 dalam liga dan terkeluar dari Liga Juara-Juara pada peringkat kumpulan lagi.

Dengan hutang yang dikatakan semakin meningkat dan dengan pemecatan pengurus Rafael Benitez,ini menjadikan kapten Liverpool itu memikirkan mengenai masa depan bersama kelab kesayangannya itu.

Pengurus baru Real,Jose Mourinho telah mengakui bahawa beliau merupakan peminat kepada pemain tersebut dan pernah mencuba untuk membawanya ke Chelsea ketika Mourinho memimpin Chelsea dahulu.

Selepas menyelesaikan perpindahan bintang muda Argentina,Angel di Maria ke Madrid,'The Special One' itu difahamkan telah memberitahu presiden Florentino Perez untuk menambah pemain tengah itu kepada senarai mereka. Share

Optical Illusion edisi World Cup 2010


LOL Share

Manchester United mendahului kelab lain untuk bintang muda,Sotiris Ninis

Manchester United dikatakan akan menewaskan kelab-kelab elit Itali dalam membawa pemain Panathinaikos,Sotiris Ninis yang bernilai £9.6 juta,menurut Forza Roma.

Ninis,20 tahun,adalah antara bakat muda yang dijangka akan menyerlah sebagai bintang masa depan telah menyertai pasukan Greece dalam piala dunia 2010 Afrika Selatan.

Beliau yang selesa dengan posisi 'attacking midfielder' telah menyaksikan beliau berada dalam senarai kelab seperti Roma,Inter,Arsenal dan Ac Milan.

Walaubagaimanapun,pengurus United,Sir Alex Ferguson telah dilaporkan akan mendahului 'perlumbaan' itu apabila beliau dikatakan sudah membuat tawaran kepada kelab juara liga Greece itu.

Dengan Paul Scholes dan Giggs yang semakin dekat dengan tempoh persaraan,Ninis akan menjadi pemain yang akan mewarnai dunia United untuk musim-musim seterusnya. Share

Benitez harap dapat bawa 3 pemain Liverpool ke San Siro


Pengurus Inter Milan,Rafael Benitez,dikatakan sudah membuat pelan pembaharuan kelab tersebut dengan beliau dikaitkan akan cuba untuk membawa 3 pemain di Liverpool iaitu Glen Johnson,Daniel Agger dan Lucas,menurut Mediaset.

Benitez,50,telah meninggalkan Liverpool pada musim ini dan menyertai kelab juara Eropah itu.Dengan berbekalkan dana wang yang banyak untuk menambahkan pemain ke skuad juara Eropah itu,beliau dilaporkan ingin membawa beberapa muka lama di Liverpool ke Milan.

Dengan Maicon dijangkakan akan meninggalkan San Siro dengan £30 juta,Benitez akan menggunakan wang itu untuk membawa Johnson ke Milan.

Agger juga dilihat sebagai pengganti pemain veteran iaitu Materazzi,dan pemain tengah Brazil,Lucas,yang menjadi kesebelasan utama di Anfield musim lepas. Share

Rasmi : Di Maria sah milik Madrid


Real Madrid secara rasminya telah menandatangani perjanjian dengan Benfica untuk pemain Argentina,Angel Di Maria.

Pemain berusia 22 tahun itu yang sekarang ini bersama dengan skuad Argentina di Afrika Selatan dijangka akan berpindah dengan nilai £20 juta.

Sebuah kenyataan dari laman web rasmi Real Madrid : 'Real dan Benfica telah bersetuju berhubung dengan pembelian pemain Angel Di Maria'

'Pemain itu akan menandatangani perjanjian bernilai 6 tahun bersama Real Madrid'

Di Maria menyertai Benfica dari kelab Argentina,Rosario Central pada 2007 dan membantu kelab tersebut menjuarai liga Portugal pada musim lepas.

Beliau membantu Argentina menjuarai Kejuaraan Bawah 20 Dunia pada 2007 dan tahun berikutnya membantu negaranya memperoleh emas dalam temasya Olimpik dengan menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan menentang Belanda. Share