.


Tuesday, April 27, 2010

Arshavin mengaku minat untuk bermain bersama Barcelona

Pemain Arsenal, Andrey Arshavin mengakui bahawa beliau akan gembira jika dapat bermain untuk Barcelona.

Pemain kebangsaan Rusia itu sangat kagum dengan kelab Catalan itu berikutan The Gunners disingkirkan dari Liga Juara-Juara di tangan anak buah Pep Guardiola dan percaya bahawa bermain untuk mereka merupakan pencapaian terbesar dalam karier setiap pemain.

"Jika saya bermain hanya setahun di Barcelona, itu akan menjadi puncak kerjaya saya," 28 tahun kepada Reuters.

"Barca adalah pasukan terbaik di dunia dan saya menikmati gaya mereka bermain begitu kerap sekali. Tapi setelah menonton mereka melawan Arsenal, kenikmatan itu dengan cepat berubah menjadi kesedihan ..

"Barca, pada pandangan saya, sekarang sudah berada sangat jauh di depan kelab lain."

Namun, Arshavin merasa bahawa pelatih terbaik di dunia berada di San Siro bukan Nou Camp, dengan Jose Mourinho dikenalpasti oleh Arshavin sebagai salah satu daripada tiga pengurus yang beliau ingin melihat untuk memimpin pasukan kebangsaan Rusia.

Adapun pengurus kelabnya, sukar bagi Arshavin untuk membayangkan Arsene Wenger bekerja luar daripada Emirates.

"Mourinho adalah ajaib," tegas Arshavin.

"Apabila pengurus itu hebat, beliau dapat mengalahkan pasukan lain bahkan mereka yang lebih kuat. Saya percaya ada tiga pengurus ideal untuk Rusia: (Fabio) Capello, Mourinho dan (Guus) Hiddink.
Share

No comments:

Post a Comment