.


Tuesday, April 27, 2010

Pemain diminati Arsenal mungkin akan kekal bersama Albion


Pengerusi West Bromwich Albion, Jeremy Peace berkata kepada pemain tengah, Graham Dorrans bahawa setiap pergerakan beliau akan dikawal dengan rapi untuk musim panas datang apabila pintu perpindahan dibuka, menurut Mail Online.

Arsenal dikabarkan tertarik kepada pemain tengah itu, selepas dikatakan menghantar scouting team untuk melihat pemain Scotland itu lebih daripada 10 kali.

Pemain tengah 22 tahun itu telah berperanan dalam membawa West Brom ke Liga Premier dan pengurus The Baggies, Roberto Di Matteo berharap bahawa beliau dapat menggunakan bintang mudanya untuk musim depan ketika pihaknya melihat untuk mengelakkan tersingkir dari liga pada musim pertama berada di BPL..

Dorrans hanya tiga kali tampil untuk pasukan kebangsaan Scotland,dan debut pertama beliau adalah ketika menentang Jepun pada tahun 2009. Share

No comments:

Post a Comment