.


Saturday, May 8, 2010

Redknapp akan berbelanja 40 juta untuk Carrick dan Bellamy?

Pengurus Tottenham Hotspur, Harry Redknapp akan diserahkan £40 juta untuk dibelanjakan pada musim panas ini, menurut laporan dari The Daily Star, seperti yang dilihat untuk menguatkan lagi pasukan mereka yang layak pada musim depan ke Liga Juara-Juara.

Laporan tersebut menyatakan bahawa mereka akan bermula dengan langkah untuk mendapatkan semula pemain Manchester United, Michael Carrick, apabila pemain itu mempunyai masa depan yang tidak menentu di Old Trafford sejak kebelakangan ini.

Redknapp juga nampaknya berminat untuk mendapatkan pemain wing Manchester City, Craig Bellamy, pemain yang sudah lama minat dari dulu lagi.

Spurs juga dipercayai mempunyai minat dalam striker VfL Wolfsburg, Edin Dzeko, sementara Ledley King telah ditawarkan kontrak baru setelah kelab juga menegaskan bahawa Gareth Bale telah menandatangani kontrak empat-tahun baru di White Hart Lane.
Share

2 comments:

shaffique said...

tak kan bellamy nak pindah man city kot.. die ok je kat situ..


My latest entry : Yuna Dan Tuala Wanitanya

nanas said...

memang la ok..tp die cam x okay dengan mancini and sours kan masuk UCL taun depan..

Post a Comment