.


Tuesday, June 15, 2010

Ozil mendapat perhatian Wenger


Pengurus Arsenal,Arsene Wenger dilaporkan telah bersedia untuk mendapatkan bintang German pada World CUp 2010 iaitu Mesut Ozil.

Ozil,21, telah mempamerkan aksi yang memukau dalam perlawanan mereka menentang Australia pada hujung minggu lalu dan juga telah menunjukkan potensi ketika bermain dengan Werder Bremen.

Dengan Fabregas dikatakan inginkan perpindahan ke Barcelona berlaku,Ozil dkatakan akan dapat menggantikan kapten Arsenal pada posisinya di Emirates.

Wenger dikatakan bersedia untuk berbelanja besar pada musim ini apabila skuad muda nya gagal meraih sebarang pingat pada musim ini.Selain Ozil,pemain pertahanan Everton,Phil Jagielka dan Yoann Gourcuff dikatakan dalam perjalanan ke Emirates Stadium.

Tetapi,Arsenal bakal disaingi oleh kelab dari Manchester,Manchester City yang dikatakan dalam perbincangan untuk pemain itu dan saingan unutk mendapatkan Ozil akan menjadi semakin sengit dengan peningkatan dalam mutu permainan beliau.
Share

1 comment:

Unknown said...

ozil...wenger, let cesc go, buy ozil.. good replacement...seriously


admin
www.papankenyataan.com

Post a Comment