.


Monday, June 21, 2010

Skuad Perancis berada didalam dilemma berhubung dengan masalah dalaman skuad Piala Dunia


Skuad Perancis sekarang ini sedang memberontak selepas skuad itu yang diketuai Patrice Evra mogok dengan meninggalkan sesi latihan semalam.

Mereka protes terhadap tindakan Nicolas Anelka yang dihantar pulang dari kem skuad Perancis.

French Football Federation (FFF) telah menggugurkan Anelka dari skuad Piala Dunia Perancis selepas Anelka berang dengan jurulatih Raymond Domenech dan berkata 'Go F**k yourself,you son of a whore' pada separuh masa pertama ketika perlawanan menentang Mexico dimana skuad Perancis tewas mengejut 2-0.

Skuad Perancis dilihat menaiki bas skuad mereka selepas sebuah lagi insiden yang memalukan sempat dirakam di lensa kamera wartawan,di mana kepaten pasukan,Patrice Evra dilihat sedang berbalah dengan jurulatih kecergasan Perancis,Robert Duverne,yang dipercayai akibat perbalahan mengenai berita Anelka dihantar pulang telah dibocor kepada wartawan oleh 'pengkhianat'.

Domenech terpaksa masuk campur dan meleraikan pergaduhan tersebut dn kemudiannya skuad itu bersepakat meninggalkan tempat latihan.

P/s:Nih video pergauhan tersebut.

Share

1 comment:

Lepat Pisang said...

apa nak jadi dengan team perancis ni..tak habis2

Post a Comment