.


Wednesday, June 16, 2010

Jersey Away baru Arsenal 2010/2011


Share

Tuesday, June 15, 2010

Honduras lakar sejarah!

Selepas memanggil Jerry Palacios pada Selasa lepas,Honduras telah membuat rekod baru Piala Dunia,selepas menjadi negara pertama yang mempunyai 3 orang adik beradik dalam skuad yang sama.

Jeery Palacios yang menggantikan Julio Cesar de leon,bintang yang bermain untuk kelab Itali,Torino,yang mengalami kecederaan sehingga terpaksa melupakan niat untuk beraksi pada Piala Dunia.
Penyerang Hangzhou Greentown itu menyertai pemain tengah Tottenham Hotspur,Wilson Palacios dan Johnny,yang bermain dengan kelab Honduras,Olimpia dalam skuad 23 orang Honduras.

Setiap negara dibenarkan untuk menukar pemain dalam masa 24 jam sebelum perlawanan pertama mereka berlangsung dimana Honduras akan memulakan kempen dengan menentang Chile.

Selain itu,Wilson dikatakan telah bergelut untuk bertarung dengan kecederaan pada kakinya tetapi pemain Spurs itu dijangka akan bersedia untuk bermain menentang CHile.

Dengan pemanggilan ketiga-tiga adik beradik itu untuk bermain pada Piala Dunia untuk Honduras merupakan satu pemberi semangat apabila adik bongsu mereka,Edwin Palacios telah diculik dan dibunuh di Honduras 3 tahun lalu.

"Segala yang saya lakukan di dalam dunia Bola Sepak adalah untuk Edwin.Dia lah yang menjaga saya,"menurut Jerry yang memberitahu wartawan selepas tiba ke South Africa. Share

Ferguson menaruh harapan untuk mendapatkan Chiellini


Alex Ferguson akan menyiapkan tawaran bernilai £25 juta untuk pemain pertahan Itali,Giorgio Chiellini.

Pemain pertahanan Juventus itu yang berusia 25 tahun adalah calon utama Ferguson untuk menggantikan Nemanja Vidic,dengan Vidic dilaporkan akan keluar dari Old Trafford.

Dengan menjadi antara nama besar di Serie A,Chiellini hanya memperolehi £1.7 juta setahun dengan kontrak beliau hanya tinggal 2 tahun di Turin.

Kini difahamkan kelab Old Lady itu akan menerima tawaran dari beliau apabila mereka dilihat ingin membina semula skuad mereka selepas mengharungi musim yang mengecewakan dengan hanya menduduki tempat ke-7 dalam liga Itali.

Sir Alex juga dikatakan dalam langkah berjaga-jaga dengan Man. City juga dikatakan berminat dengan menawarkan bidaan bernilai £20 juta untuk Vidic.
Share

Glen Johnson mula mendapat perhatian banyak pihak


Liverpool telah meletakkan harga Glen Jhonson sebanyak £28 juta untuk pemain bek kanan Enggland itu selepas pemain itu dikatakan mendapat perhatian dari Real Madrid,Barcelona dan Inter Milan selepas mempamerkan aksi cemerlang pada perlawanan menentang USA.

Johnson,25, adalah antara pemain yang menyerlah ketika pasukan England hanya mampu berpuas hati dengan seri 1-1 dengan USA,dengan larian nya yang mengagumkan banyak pihak.

Selepas menyerlah juga dengan Liverpool pada musim ini,ia menjadikan beliau menjadi antara pemain yang menjadi senarai kelab-kelab besar di Eropah.

Bekas pengurus Liverpool yang kini menjadi pengurus Inter Milan,ingin membawa pemain itu ke San Siro jika Maicon berpindah ke Madrid.

Barcelona juga dikatakan berminat untuk bersaing untuk mendapatkan pemain itu jika Daniel Alves menyelesaikan perpindahan ke Manchester City dengan perpindahan dengan jumlah yang lumayan.
Share

Zoran Tosic tolak Koeln untuk CSKA Moscow?

Zoran Tosic akan menolak perpindahan ke FC Koeln daripada terjadi apabila beliau dilaporkan akan ke CSKA Moscow dari Manchester United,menurut laporan dari The Daily Mail.

Pemain wing kanan Serbia itu menghabiskan masa separuh masa kedua musim lepas dengan dipinjamkan ke kelab German itu,dimana beliau begitu menyerlah ketika bersama mereka dan ditawarka dengan tawaran berpindah secara kekal bersama Koeln.

"Kami menyediakan tawaran untuk mengekalkan beliau," kata direktor Koeln,Michael Meier.

"Tetapi jumlah wang yang perlu digunakan untuk mengekalkan beliau adalah sukar bagi kelab-kelab di Jerman untuk bersaing."

Pemain berusia 23tahun itu dijangkakan akan menyelesaikan perpindahan beliau ke Russia selepas selesai Piala Dunia di Afrika Selatan.
Share

Ozil mendapat perhatian Wenger


Pengurus Arsenal,Arsene Wenger dilaporkan telah bersedia untuk mendapatkan bintang German pada World CUp 2010 iaitu Mesut Ozil.

Ozil,21, telah mempamerkan aksi yang memukau dalam perlawanan mereka menentang Australia pada hujung minggu lalu dan juga telah menunjukkan potensi ketika bermain dengan Werder Bremen.

Dengan Fabregas dikatakan inginkan perpindahan ke Barcelona berlaku,Ozil dkatakan akan dapat menggantikan kapten Arsenal pada posisinya di Emirates.

Wenger dikatakan bersedia untuk berbelanja besar pada musim ini apabila skuad muda nya gagal meraih sebarang pingat pada musim ini.Selain Ozil,pemain pertahanan Everton,Phil Jagielka dan Yoann Gourcuff dikatakan dalam perjalanan ke Emirates Stadium.

Tetapi,Arsenal bakal disaingi oleh kelab dari Manchester,Manchester City yang dikatakan dalam perbincangan untuk pemain itu dan saingan unutk mendapatkan Ozil akan menjadi semakin sengit dengan peningkatan dalam mutu permainan beliau.
Share