.


Friday, June 4, 2010

Rasmi : Benitez tinggalkan Liverpool


Liverpool telah mengesahkan bahawa pengurus bebangsa Sepanyol,Rafael Benitez telah secara rasmi meninggalkan kelab tersebut.

Pihak atasan Liverpool telah memutuskan untuk memecat Benitez berikutan persembahan atau pencapaian yang kurang memuaskan selepas mendapat tempat ke tujuh dan telah tersingkir dari Liga Juara-Juara pada peringkat kumpulan lagi.

Walaupun Benitez baru sahaja menandatangani kontrak bernilai £16 juta untuk 5 tahun,pampasan bernilai £6 juta telah dipersetujui apabila beliau meninggalkan kelab tersebut.

"Pengumuman ini adalah sesuatu yang menyedihkan dimana saya bukan lagi menjadi pengurus Liverpool.Saya ingin berterima kasih kepada semua staff dan pemain-pemain yang banyak membantu saya," kata Benitez.

"Saya akan sentiasa mengingati masa-masa saya berada di Anfield di dalam hati saya,dengan sokongan yang kuat dan penuh setia dari para penyokong sewaktu kami menghadapi masa-masa sukar di Liga.Saya tidak mempunyai kata-kata terima kasih yang mencukupi untuk semua sokongan yand diberikan dan saya masih berasa bangga jika saya pernah membritahu kamu bahawa saya adalah bekas pengurus Liverpool "

"Terima Kasih sekali lagi dan ingatlah:You'll never walk alone." Share

Thursday, May 27, 2010

City bersedia untuk memborong 3 pemain Real Madrid!


Manchester City telah bersedia untuk mencetuskan suatu mesej buat lawan mereka apabila mereka dilihat akan membuat rundingan terbuka untuk pembelian BORONG 3 pemain Real Madrid iaitu Higuain,Van Der Vaart dan Fernando Gago.

Roberto Mancini menegaskan bahawa beliau akan bersedia untuk bersaing untuk memenangi liga pada musim depan dengan penyertaan 3 bintang La Liga itu menurut suratkhabar Sepanyol,Marca.

Pegawai rasmi Eastland itu dikatakan sudah berada di Sepanyol untuk berbincang mengenai perkara itu dengan Real Madrid dikatakan bersedia untuk menjual beberapa pemain untuk menambah dana untuk berbelanja besar dalam musim panas ini.

Dengan Mourinho tidak akan diberikan bajet besar seperti yang diperolehi Pellegrini musim lepas,penjualan pemain adalah suatu kemestian jika pemain bintang seperti Angel Di Maria,Steven Gerrard dan Ashley Cole ingin menyertai kem Barnabeu. Share

Redknapp : Modric bukan untuk DIJUAL!


Harry Redknapp memberitahu Manchester United semalam : Luka Modric bukan untuk dijual pada sebarang harga.

Sunsport mendedahkan bahawa boss United,Sir Alex Ferguson telah membuat tawaran bernilai £25 juta kepada pemain perancang utama Tottenham itu.

Tetapi Redknapp memberitahu rakan setugasnya itu :"Perjanjian tersebut tidak masuk akal.Luka merupakan kunci kepada kejayaan kami musim ini.

"Semua orang tahu saya banyak memikirkan tentang beliau.Dan jika kamu mahu pergi ke peringkat seterusnya,kamu seharusnya tidak menjual pemain terbaik kamu kepada kelab lain"

Redknapp juga dikaitkan dengan pemain Manchester City,Stephen Ireland sebagai pengganti Modric. Share

Everton mahukan Ben Arfa ke Goodison Park

Ejen Hatem Ben Arfa telah mengesahkan bahawa Everton sememangnya menjadi 'PEMINAT BESAR' untuk mendapatkan khidmat pemain bintang Marseille itu.

Skuad Toffees itu adalah antara kelab yang dikaitkan dengan winger Perancis itu pada januari lepas.

Dan boss Everton, David Moyes itu sekarang nampak kembali berminat untuk mendapatkan pemain berusia 23 tahun itu.

Marseille mahukan £10 juta dan ejen Frederic Guerra berkata : "Everton sememangnya sangat berminat untuk mendapatkan pemain itu ketika ini dan sebarang kemungkinan mungkin berlaku." Share

Wednesday, May 26, 2010

Rasmi: Di Carlo dilantik sebagai pengurus baru Sampdoria


Sampdoria telah mengumumkan secara rasmi bahawa Domenico Di Carlo sebagai pengurus baru kelab itu.

Sebuah jenyataan rasmi kelab :

"Sampdoria telah menyatakan secara rasmi bahawa Mr. Domenico Di Carlo telah menandatangani kontrak 2 tahun sebagai ketua jurulatih di Sampdoria. Beliau akan mengumumkan secara rasmi pada sidang akhbar esok,Khamis 27 May pada pukul 12.00(waktu tempatan)"

Di Carlo menyertai Sampdoria dari Chievo,yang mendapat tempat ke 14 pada liga Serie A,dan akan menggantikan Del Neri yang menyertai Juventus.

"Ia adalah tawaran yang sukar ditolak," jelas Di Carlo kepada laman web rasmi kelab. Share

Rasmi : Luigi Del Neri adalah pengurus rasmi Juventus untuk musim depan

Juventus telah mengumumkan secara rasmi bahawa Luigi Del Neri sebagai jurulatih baru pasukan itu.

Sebuah kenyataan rasmi kelab :

"Luigi Del Neri akan menjadi jurulatih rasmi kelab Juventus yang akan secara rasmi bermula pada 1 Julai 2010.Jurulatih itu akan menandatangani kontrak sehingga 30 Jun,2012."

Setelah membimbing Sampdoria untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan,Del Neri telah meletakkan jawatan sebagai jurulatih pasukan Blucerchiati minggu lepas untuk menggantikan tempat Alberto Zaccheroni sebagai jurulatih di Turin.Beliau telah menghabiskan masa seharian bersama pegawai Juventus untuk berbincang mengenai tugas tersebut dan mencapai kata sepakat antara kedua pihak.

Kelab itu juga mengesahkan bahawa Giuseppe Marotta sebagai General Director untuk bahagian hal ehwal sukan. Share